BATU PAHAT 26 September 2022 – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) meneruskan inisiaitf membantu pelajar-pelajar daripada kalangan B40, dengan menyumbangkan bantuan persekolahan bernilai RM28,100 melalui siri kelapan Program CSR Pendidikan YPM di sini, hari ini.
Menurut YPM dalam satu kenyataan, seramai 216 pelajar sekitar daerah Batu Pahat, Segamat dan Ulu Tiram menerima bantuan persekolahan YPM sepanjang dua hari program berlangsung di negeri itu
yang disampaikan oleh Pengerusinya Datuk Mohd Razman Yaaco.
Bantuan yang disampaikan termasuklah wang tunai kepada 50 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sempurna, 57 pelajar SK Labis, empat pelajar miskin di kawasan Ulu Tiram, lima pelajar kurang berkemampuan, bantuan banjir kepada 100 pelajar sekitar kawasan Sri Gading serta sumbangan dua unit Smart TV kepada SK Labis.
“Bantuan, yang sebahagiannya merupakan sumbangan daripada syarikat korporat, agensi luar dan individu, diharapkan dapat mengurangkan tangunggan keluarga dan menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk terus menuntut ilmu serta seterusnya menabur bakti kepada negara yang tercinta.
Justeru, YPM mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat, agensi luar dan individu untuk menyumbang dalam program CSR Pendidikan YPM. Sumbangan boleh disalurkan menerusi edonation.ypm.org.my atau aplikasi Touch ’n Go eWallet,”. kata Mohd Razman.
- MALAYSIAN UNIVERSITIES EDUCATION & TRAINING FAIR SUCCESSFULLY HELD IN TRIPOLI, LIBYA
- Ajinomoto Co. launches its innovative “Flowering Ice Cream” with the Atlr.72® at the Food Truck in Bugis from 28 March
- Wildberries collects over 1,000 tons of donated clothing, textiles in large-scale ESG initiative
- Eternity Waterproofing Forms Strategic Partnership with Mapei Far East
- SUNRATE Launches Global Payments Solution to Revolutionise the Maritime Industry
Leave a comment