14 September 2022 – Kewujudan modus operandi penipuan baharu melalui penggunaan fail Android Package Kit (APK) telah dikesan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK). Ianya boleh mengakibatkan mangsa kehilangan wang dari akaun bank mereka.
Menurut Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Hjh. Noorsiah binti Mohd Saaduddin, melalui operasi dan serbuan pada 24 Ogos 2022 di Kuala Lumpur, pihak polis telah berjaya menahan lima (5) individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan sedemikian.
Katanya kesemua mereka adalah warganegara Malaysia terdiri daripada tiga (3) lelaki dan dua (2) perempuan yang berumur di antara 17 hingga 21 tahun.
“Berdasarkan siasatan, kesemua mereka beroperasi dengan mencipta akaun palsu di laman sembang (chatting) terkenal. Mangsa yang ingin berkenalan dengan lebih rapat kemudiannya ditawarkan untuk melihat gambar-gambar serta video mereka melalui aplikasi lain yang akan dihantar melalui fail APK. Mangsa juga dikehendaki untuk membuat pembelian token sebelum boleh mengakses aplikasi tersebut. Aplikasi yang berjaya dipasang akan mengakibatkan berlaku transaksi pengeluaran wang dari akaun mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 kanun Keseksaan. Perkaitan antara sindiket ini dengan lain-lain kes penipuan yang sama masih dalam siasatan.” kata Noorsiah.
Tambahnya, pihak polis menyeru orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan berikut:
i. Jangan memuat turun dan install fail APK yang dihantar terus ke telefon pintar anda oleh individu yang tidak dikenali.
ii. Elakkan install aplikasi APK dari sumber tidak sah.
iii. Keselamatan sistem sms pada telefon pintar hendaklah sentiasa dipelihara kerana ianya akan menerima SMS One Time Password (OTP) daripada pelbagai aplikasi di telefon pintar anda. Elakkan install aplikasi SMS dari sumber yang mencurigakan.
Untuk mendapatkan maklumat dan nasihat lanjut, orang ramai boleh menghubungi “CCID SCAM RESPONSE CENTER” di talian 03-26101559 atau 03-26101599.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment