6 Ogos 2022 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan bahawa TLDM mengambil maklum dan melihat daripada sudut positif terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai projek perolehan Littoral Combat Ship (LCS) yang dikeluarkan pada 4 Ogos 2022.
“TLDM amat mengalu-alukan syor yang dikemukakan oleh PAC dan mahukan hala tuju terbaik bagi projek LCS. TLDM ingin menekankan bahawa perolehan LCS ini merupakan perolehan kritikal bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara. Keupayaan tempur yang perlu dimiliki TLDM mestilah sejajar dengan perkembangan lanskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau.
TLDM amat menghargai keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk meneruskan projek ini. TLDM berpandangan ia merupakan keputusan yang tepat dan didorong oleh keprihatinan kerajaan untuk mengutamakan kepentingan kedaulatan negara. TLDM ingin menyatakan sokongan agar sebarang ketirisan di dalam projek ini disiasat, seterusnya pihak-pihak yang terbukti terbabit dengan perkara ini dibawa ke muka pengadilan seberapa segera.” kata TLDM dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, sebagai the end user, kelewatan pelaksanaan projek ini telah memberi kesan negatif bukan
sahaja kepada keupayaan tempur armada TLDM, malahan kepada morale warga TLDM yang
memerlukan kapal-kapal LCS ini untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan.
“Sehubungan itu, TLDM ingin menyeru semua pihak agar berganding bahu dan memberikan sokongan terhadap kelancaran pelaksanaan projek ini demi memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara.” ujarnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment