SHAH ALAM 3 Ogos 2022 – Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali Ismail untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan anak-anak Peneroka dan FELDA.
Menurut satu kenyatan yang diedarkan hari ini, antara yang dibincangkan adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkenaan isu pelaburan FELDA di London bernilai lebih RM1 bilion yang dilihat bukan sahaja soal keputusan pelaburan yang membazir (kerana harga yang dibayar terlalu mahal dan dicemari penyelewengan), malah secara rasmi FELDA tidak memilikinya hartanah yang dibeli.
“Rentetan itu, Saudara Rafizi Ramli telah membuat carian rasmi di Pejabat Pendaftar Tanah UK dan mendapati bahawa mengikut dokumen hakmilik rasmi, sekurang-kurangnya dua hartanah mahal yang dibayar oleh FELDA telah didaftarkan atas nama syarikat berdaftar BVI (British Virgin Island), yang tiada kaitan dengan FELDA dan pemilik syarikat itu masih tidak diketahui sehingga hari ini. Ini merujuk kepada pautan: http://rafiziramli.com/category/felda/.
Pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh Saudara Rafizi Ramli menjadi tanda tanya generasi Peneroka yang ingin jawapan daripada pihak FELDA.” kata Setiausaha Agung GWGF Mohd Ismail Masri dalam kenyataan tersebut.
Justeru, Majlis Tertinggi GWGF mendesak Pengurusan FELDA memberikan penjelasan kepada kenyataan Rafizi Ramli tersebut kepada penerokapeneroka FELDA khususnya serta rakyat Malaysia amnya dalam tempoh empat belas (14) hari.
“Kegagalan untuk memberikan kenyataan dan penjelasan ini akan memperlihatkan kepincangan Pengurusan FELDA.” ujar Mohd Ismail.
- Singapore’s Female Entrepreneurs Find Global Success on Amazon
- Wildberries Identifies the Most Popular Gifts for International Women’s Day
- Ananda Unveils MIRA VALLEY: A $1.4 Billion Luxury Residential Project in Phuket’s Hidden Valley, Nestled Within 8,000 Acres of Untouched Forest.
- IMPEX Returns: Hong Kong’s Largest Immigration & Property Expo to Take Place on March 22-23, 2025
- TOJOY CEO GE Jun Advocates Enhanced China-Europe Collaboration at Kopaonik Business Forum
Leave a comment