SEPANG 23 Julai 2022 – Konvokesyen ILKBS ke 17 Zon Tengah telah diadakan hari ini di Dewan Besar IKTBN Sepang, Selangor yang melibatkan IKTBN Sepang, IKTBN Dusun Tua, IKBN Kuala Langat, IKBN Peretak dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).
Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), seramai 662 orang graduan diraikan daripada pelbagai bidang kemahiran seperti bidang Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Teknologi Mekanikal, Teknologi Automotif, Teknologi Tekstil, Teknologi Hospitaliti, Teknologi Awam, Teknologi Maklumat, Teknologi Terapi Sukan dan Teknologi Pengurusan Golf.
“Kemeriahan konvokesyen turut disertai pameran daripada industri seperti ERL Maintenance Suport Sdn Bhd, Johnny’s Restaurant & Black Canyon (Dynasun Sdn Bhd), Auto Global Part Ind. Sdn Bhd dan Shinetsu.
Turut bersama, agensi lain seperti Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang, FAMA dan Alumni ILKBS di samping pameran institut ILKBS Zon Tengah dalam mengetengahkan produk dan servis dalam bidang kemahiran masing-masing.” kata KBS.
Kata KBS ia disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ti Lian Ker.
“KBS mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada graduan ILKBS 2022 yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.” ujar KBS.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment