21 Julai 2022 – Kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ telah dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Menterinya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di Kompleks Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur semalam.
Menurut MOTAC dalam satu kenyataan, kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ buat pertama kalinya dilancarkan pada tahun 2005 berjaya mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi.
“Antara matlamat kempen pada ketika itu adalah untuk menyuburkan penghayatan dan pengamalan budaya nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada masa yang sama, kempen ini juga menjadi asas kearah pembentukan jati diri masyarakat negara ini.
Melalui ‘Kempen Semarak Budi Bahasa Budaya Kita’ ini, sebanyak 28 program yang berorientasikan amalan budaya nilai tinggi telah dirancang dan dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi di bawah MOTAC. Program ini ada yang telah atau bakal dilaksanakan sebagai usaha bagi menyemarakkan kempen pada tahun ini.” kata MOTAC.
Tambah MOTAC, pelancaran kempen semarak ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ diharapkan dapat merangsang semula tahap penghayatan dan penerapan amalan budi bahasa sama ada dalam bentuk komunikasi, pengucapan, pertuturan, panggilan atau dalam perlakuan serta pergaulan.
“Keseluruhan elemen tersebut harus dipraktikkan dalam semua institusi yang digariskan dalam Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) iaitu Institusi Kekeluargaan, Institusi Pendidikan, Institusi Perkhidmatan mahupun Institusi Kemasyarakatan.” kata MOTAC.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment