17 Julai 2022 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah mengesan satu (1) iklan mempromosikan tawaran 50% diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM melalui aplikasi whatsapp. Iklan tersebut memaparkan nilai kadar saman dan jumlah bayaran diskaun serta tawaran sehingga 20 Julai 2022.
Dalam siaran media di Bukit Aman hari ini, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin menyatakan, iklan tersebut menawarkan kepada orang ramai yang berminat boleh berhubung dengan individu melalui nombor telefon yang disertakan sekiranya ingin berurusan lanjut.
“ PDRM mengesahkan iklan promosi tawaran saman tersebut adalah palsu dan sedang menjalankan
siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan iklan palsu berkenaan . Orang ramai yang menerima iklan promosi tersebut,diminta untuk tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama yang dinyatakan.
“ Masyarakat juga dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang berita terutamanya mengenai tawaran pengurangan saman melalui saluran media rasmi PDRM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” ujar Noorsiah.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment