10 Julai 2022 – Polis Diraja Malaysia memaklumkan bahawa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), PRDM telah menjalankan OP Lancar sempena cuti umum Hari Raya Aidiladha Tahun 2022.
Ianya bermula 8 Julai (Jumaat) dan akan berakhir pada 11 julai 2022 (Isnin), iaitu pada hari pengguna jalan raya di seluruh negara dijangka pulang ke ibu kota.
“Sepanjang pemantauan OP Lancar, JSPT mendapati kesesakan kerap berlaku di plaza-plaza tol dan juga kawasan mendaki.
Pengguna jalan raya dinasihat untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lebuh raya dan cadangan waktu pergerakan yang diberi oleh konsesi lebuh raya sebelum membuat pergerakan.” kata Setiausaha Polis, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan semalam.
Beliau turut mengingatkan bahawa semasa pulang ke ibu kota, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri, ahli keluarga serta pengguna lebuh raya yang lain.
“PDRM komited dalam penugasan op lancar demi memastikan keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas.” ujar Dato’ Noorsiah.
- Government Committed to Strengthening Aviation Industry, Malaysia Airlines Orders 30 Boeing 737 Aircraft
- Building government digital resilience, securing the future
- The paradox of convenience
- 8.5 million to receive Rahmah Cash Assistance (STR) Phase 2 Before Aidilfitri
- Aaron Extends Greetings on International Day for the Elimination of Racial Discrimination
Leave a comment