8 Julai 2022 – Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan, Dato Bentara Kanan Ustaz Hj Ahmad bin Yakob kerana sudi menerima kunjungan hormat beliau dan pegawai-pegawai petang semalam di kediaman rasmi Menteri Besar.
Katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, mereka berbincang mengenai acara Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM), yang akan di adakan secara besaran-besaran di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dari 22hb hingga 24hb Julai ini.
“JAKM Kelantan akan dirasmikan oleh YAB PM pada hari sabtu 23hb Julai jam 10 pagi.
JAKM Kelantan membawa tema “KELUARGA MALAYSIA, KELUARGA DIGITAL”
Selain pameran dan aktiviti semua kementerian, JAKM juga akan melibatkan usahawan-usahawan Kelantan.” kata Annuar.
Tambah beliau, satu JUALAN MURAH besar-besaran juga di adakan. Katanya, setiap pengunjung yang mendaftar melalui QR CODE akan menerima hadiah hadiah dan cenderahati.
“Selebriti dan seniman dari pelbagai Industri kreatif negara akan turut membuat penampilan.
TUNGGU PEMAKLUMAN DAN HEBAHAN SETERUSNYA.” ujar Annuar.
- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment