4 JULAI 2022 – Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM ) sedia memberi kerjasama dan bantuan berterusan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui OP Bersepadu dalam usaha membendung ketirisan barangan bersubsidi, khususnya minyak masak.
Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, ke arah itu, satu perjumpaan melibatkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Ketua Setiausaha KPDHEP telah diadakan pada 4 Julai 2022.
“Dalam perjumpaan berkenaan, perlaksanaan operasi pengauditan dan pemutihan minyak masak paket melalui OP Bersepadu di mana tangkapan dan rampasan yang dilaksanakan kelak akan diserahkan kepada pihak KPDNHEP untuk tindakan lanjut, telah dipersetujui.
Sebelum ini, PDRM melalui JKDNKA telah melaksanakan OP Kontraban dalam usaha membendung ketirisan barangan bersubsidi. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2022, barangan bersubsidi yang diseleweng bernilai RM38,247,518 telah berjaya dirampas oleh JKDNKA.
Daripada jumlah tersebut, rampasan melibatkan minyak masak adalah bernilai RM854,252. Usaha bersepadu dengan pihak KPDNHEP merupakan langkah positif bagi PDRM menyumbang secara lebih aktif dalam membendung ketirisan subsidi.” kata Tan Sri Acryl Sani.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment