2 Julai 2022 – Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 7 Julai 2022.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, KPM berkata murid lepasan SPM tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 melalui kaedah berikut:
i. secara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau
ii. murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.
“Murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022.
Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing. Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama.
Murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.” kata KPM.
Tambah KPM, murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran. Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment