1 Julai 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa berkuat-kuasa Isnin, 4 Julai 2022, warganegara Malaysia yang akan pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri (feature) Pas Pengembara (Traveller’s Pass) dalam aplikasi MySejahtera mereka.
Kata Khairy dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, kelonggaran ini bagi memudahkan para warganegara kita kembali ke Malaysia, di samping keadaan sistem kesihatan kita kini berada pada tahap yang baik dan memuaskan.
“Pemansuhan ini akan dibuat secara berperingkat untuk turut memberi kelonggaran kepada kumpulan-kumpulan lain seperti pemegang-pemegang pas sosial, pas pelajar serta penduduk tetap pada masa depan yang akan diumumkan kelak. Buat permulaan, pemansuhan ini hanya terpakai kepada warganegara sahaja.
Ingin dijelaskan bahawa ciri-ciri Pas Pengembara tersebut masih dipaparkan di aplikasi MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan oleh para pengembara bukan warganegara Malaysia sebelum memasuki negara ini.” katanya.
Tambah Khairy, selain pemantauan kes-kes COVID-19 di kalangan pengembara luar, ciri-ciri tersebut perlu dilengkapkan oleh mereka supaya Kementerian Kesihatan Malaysia berupaya membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment