27 JUN 2022 – Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Produktiviti Negara (NOPC) bagi menilai prestasi dalam meningkatkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara serta usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada import dan tenaga kerja asing.
Katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, antara agenda yang dibincangkan merupakan usaha untuk meningkatkan dan menstabilkan pendapatan petani melalui pertanian kontrak dan penggunaan Teknologi IR4.0, mengukuhkan kerjasama sektor awam dan swasta untuk meningkatkan produktiviti penjagaan kesihatan, pencapaian sektor elektrikal dan elektronik (E&E) juga transformasi industri pelancongan dalam era baharu.
“Saya berkesempatan untuk berkongsi pengalaman saya dalam beberapa sesi libat urus bersama pemegang taruh termasuk pelabur-pelabur di luar negara. Antara isu yang kerap dibangkitkan termasuklah kelewatan proses pelaksanaan dan kelulusan susulan karenah birokrasi di pelbagai peringkat termasuklah di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Bagi mengatasi cabaran ini, saya telah tekankan supaya semua pemegang taruh kembali kepada pengertian asas mengenai kesan produktiviti dan keberdayasaingan terhadap masyarakat dan negara. Selain itu, isu-isu seperti integriti, ketelusan dan akauntibiliti, kemakmuran bersama juga prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) saling berkait dan harus dilihat secara menyeluruh dan dinamik.
Inisiatif kerjasama strategik antara kementerian, agensi juga badan swasta harus ditingkatkan di peringkat nasional, dengan memberi fokus kepada faktor-faktor yang membawa kepada kecekapan, keberkesanan, kualiti, dan penyampaian produk dan perkhidmatan.” kata Azmin.
Jelas Azmin, kekangan yang dialami negara ekoran pandemik bukanlah suatu keluhan. Katanya sudah tiba masanya untuk idea baharu dan inovasi kreatif.
“Semua pihak harus melakukan anjakan paradigma untuk sentiasa proaktif, berani berubah dan menggunakan automasi dan digitalisasi supaya kekal berdaya saing dan meningkatkan produktiviti negara.
Semoga dialog dan komunikasi awam-swasta (Public-Private Dialogue/PPD) menjadi wadah penting dalam merangsang aktiviti pembaharuan dan menambah baik iklim pelaburan dan perdagangan negara yang mapan dan lestari selari dengan hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi.” ujarnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment