Sumber : Facebook Rasmi JSJN
Wangsa Maju, 25 Jun 2022 – YDH CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menghadiri Program Self Defence Awareness @JihadDadah anjuran Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah diadakan bertempat di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Program yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan ini menyajikan pelbagai pengisian yang menarik antaranya adalah slot ceramah dadah, pameran, dan cabutan bertuah.
Hadir bersama, YDH SAC Adnan bin Azizon, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), YDH ACP Ahmad Azwan bin Amin Nordin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), YDH ACP Jasmirol bin Jamaluddin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur serta YDH SUPT Mohd Shaifuddin bin Zulkifli, Penolong Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan).
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment