25 Jun 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi telah mengadakan mesyuarat khas membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), KPDNHEP dan penggiat industri di Kuala Lumpur.
Katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, mendapatkan input daripada penggiat industri ternakan ayam dan telur adalah penting demi memastikan penentuan paras harga maksimum di pasaran kelak dibuat dengan mengambil kira segenap sudut pandang.
Tambah beliau, sesi libat urus turut diadakan di Kuching, Sarawak, selain input berkaitan sedang diperolehi dari Sabah.
Input pengusaha/penggiat industri ternakan bertujuan:
– Mewujudkan persefahaman dalam penentuan siling harga
– Rundingan demi memastikan situasi ‘menang-menang’
– Menjamin bekalan di pasaran
– Menjaga kepentingan pengguna supaya tidak terbeban
“Semua maklum balas ini akan dibentangkan untuk penelitian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Isu Sekuriti Makanan Negara, esok.” ujarnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment