PUTRAJAYA 14 JUN 2022 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu memaklumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai Rabu, 15 Jun 2022 bagi kerja baik pulih dimulakan.
Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan yang sewajarnya.
“Isu kualiti padang serta fasilitinya adalah isu legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas.
Perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja-kerja baik pulih namun keadaan semasa memerlukan tindakan yang lebih segera.
Keperluan baik pulih dan penambahbaikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan.” ujar Ahmad Faizal.
Justeru katanya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai esok bagi kerja baik pulih dimulakan.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment