12 Jun 2022 – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) telah mengadakan Program Nomad Digital yang di Sungai Petani, Kedah pada 9 Jun 2022.
Kata J -KOM dalam satu hantaran di Facebook rasimia, program tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada anak-anak belia di Zon Utara.
“Program Nomad Digital adalah satu inisiatif J-KOM yang melibatkan komuniti belia untuk mewujudkan “Friends of J-KOM” dan menggalakkan keterlibatan komuniti serta mendekatkan komuniti belia dengan Jabatan Komunikasi Komuniti. Program yang dijalankan ini berkonsepkan Tressure Hunt yang melibatkan aktiviti permainan luaran dan dalaman.
Seramai 90 orang peserta Nomad Digital berjaya mengharungi cabaran program tersebut. Peserta yang terlibat adalah belia yang berasal dari negeri-negeri sebelah Utara seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Program ini juga melibatkan kerjasama dengan Majlis Belia Negara Negeri Kedah, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia dalam urusan pemilihan peserta.” kata J-KOM.
Jelas J-KOM Program Nomad Digital itu bakal dijalankan di setiap zon negeri di Malaysia.
“Diharapkan agar program ini terus mendapat sambutan daripada belia-belia seluruh Malaysia kerana program seperti ini adalah untuk menyatupadukan belia khususnya dan membentuk belia yang lebih berwawasan.” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment