26 MEI 2022 – Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini, pelanjutan tempoh ini adalah bagi membolehkan urusan temuduga dan lantikan tetap untuk guru-guru yang telah memenuhi syarat diselesaikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
“Bagi Guru Interim lantikan sebelum tahun 2019, mereka juga hendaklah memastikan syarat-syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi bagi membolehkan perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temuduga dan lantikan tetap.” tambah KPM.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment