20 Mei 2022 – Siasatan terhadap ciapan di twitter yang berbunyi “Will the houses of the Prime Minister and Ministers of Malaysia be set on fire by angry protestors as happened in Sri Lanka last week?” sedang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan dalam satu kenyataan semalam.
“Imej tangkap layar (screenshot) ciapan tersebut turut dikesan telah ditularkan melalui aplikasi Whatsapp sejak ianya dimuatnaik pada 19 Mei 2022 yang lalu.
Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.” kata beliau.
PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. pdrm turut menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat yang boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.
Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.
- “Zero-Prepayment Storage” RESTORE brings its storage service to Fo Tan
- WRISE Group Charts New Growth Path with Office Launch for WRISE Academy in Shenzhen
- A Majority of Businesses Intrigued by the Potential of AI in Achieving Sustainability Goals Whilst Energy Consumption Concerns Persist
- KPDN Strengthens SOP for Investigation of Mixed Rice Issue with Cooperation from MARDI and Chemistry Department
- Good Farmer Launches Website: Family-Approved Fresh Food Delivered
Leave a comment