16 Mei 2022 – Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah menziarahi pusara Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.
Katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, beliau sedih mengenangkan pertemuan terakhir mereka berdua pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi, sehari sebelum Almarhum dan keluarga berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan.
“Sedih apabila menerima panggilan telefon dari ahli keluarga yang memaklumkan Tuan Guru menghembuskan nafas terakhir pada 15 September 2016, hanya beberapa hari selepas pertemuan kami.
Kecintaan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din terhadap institusi ilmu serta pembangunan masyarakat ilmu telah mendorong beliau untuk membangunkan Masjid Al Umm sebagai pusat pencerdasan umat Islam. Usaha ini yang membidankan pertemuan kami di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor pada 8 Julai 2015 bersama Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al Umm untuk Kerajaan Negeri membantu menyegerakan pembangunan institusi Islam di Bangi.
Mengenali sosok Almarhum secara peribadi serta menyedari tekad beliau terhadap usaha membangunkan umat yang cerdas dengan ilmu dan lengkap dengan amal, maka saya telah meluluskan peruntukan RM 4 juta demi kemaslahatan ummah sekaligus merancakkan perkembangan syiar Islam di Negeri Selangor. Masih segar dalam ingatan saya betapa eratnya dakapan Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din tatkala saya hadir ke Masjid Al Umm untuk menunaikan solat Jumaat terakhir bersama beliau dan menyerahkan cek dana pembangunan Masjid Al Umm.” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment