12 Mei 2022 – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa penggunaan ubat antiviral Paxlovid telah dimulakan sejak 15 April 2022 bagi merawat pesakit COVID-19. Katanya sehingga 9 Mei 2022, seramai 173 orang pesakit diberikan rawatan Paxlovid dan telah sembuh sepenuhya serta tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan.
“Untuk makluman, ubat Paxlovid telah dibekalkan untuk rawatan pesakit COVID-19 di 512 buah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Klinik Kesihatan dan 78 buah hospital kerajaan.
Setakat ini, keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kriteria pesakit COVID-19 yang akan diberi keutamaan adalah seperti berikut:
Berumur 18 tahun dan ke atas;
• Jangkitan COVID-19 Kategori 2 dan 3
• Tidak memerlukan terapi oksigen
• Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk seperti berikut:
- Pesakit Diabetes
- Pesakit Darah tinggi
- Individu dengan masalah buah pinggang
- Pesakit Asma/paru-paru kronik
- Pesakit jantung
- Pesakit kanser
“Ubat ini perlu dimulakan segera dalam tempoh lima (5) hari sejak mula bergejala untuk keberkesanan yang optimum untuk mengurangkan risiko komplikasi jangkitan yang lebih teruk.” kata Khairy.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment