24 April 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 23 April 2022 adalah seperti berikut :
- Kes sembuh: 10,041 kes [4,310,599 kes kumulatif (97.4%)];
- Kes baharu: 5,624 kes (4,427,067 kes kumulatif);
- Kes import: 17 kes [9 warganegara (52.9%); 8 bukan warganegara (47.1%)];
- Kes tempatan: 5,607 kes [5,442 warganegara (97.1%); 165 bukan warganegara (2.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 89 kes (55 kes disahkan COVID-19; 34 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 57 kes (35 kes disahkan COVID-19; 22 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
Menurut KKM dalam satu kenyataan hari ini, daripada 5,624 kes harian yang dilaporkan pada 23 April 2022:
- Kategori 1: 1,765 kes (31.38%);
- Kategori 2: 3,835 kes (68.19%);
- Kategori 3: 12 kes (0.21%);
- Kategori 4: 6 kes (0.11%); dan
- Kategori 5: 6 kes (0.11%).
Daripada 24 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 23 April 2022:
- 10 kes (41.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 8 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 6 kes (25.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 12 kes (50.00%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 12 kes (50.00%) mempunyai komorbid; dan
- 1 kes (4.17%) kes ibu mengandung.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment