21 April 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam.
Dalam kenyataan media semalam, PDRM berkata pihaknya mengesan sebaran mesej mendakwa pihak polis tidak lagi akan mengeluarkan saman bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka
“PDRM menegaskan bahawa prosedur operasi standard (SOP) fasa peralihan ke fasa endemik COVID-19 bertarikh 1 April 2022, masih lagi berkuatkuasa dan pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan di tempat awam.
Oleh yang demikian, PDRM masih meneruskan tindakan kompaun jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP berkenaan di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Justeru, PDRM ingin menasihati orang ramai untuk mematuhi SOP yang ditetapkan, dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment