17 April 2022 – Setelah 2 tahun pelaksanaannya tertangguh akibat pandemik COVID-19, program Iftar@KL kembali lagi dan pada tahun ini ia dilaksanakan bermula pada 16 April 2022 dan diteruskan pada 17 dan 23 April 2022 bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Menurut Menteri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam satu kenyataan media semalam, pelaksanaan program pada tahun ini merupakan penganjuran kali kesepuluh (10) oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang telah bermula sejak tahun 2012.
“Uniknya Iftar@KL ini adalah, ia berkonsepkan tradisi berbuka puasa secara duduk bersila beralaskan tikar dan turut dihadiri oleh pengunjung termasuk pelancong asing.” katanya.
Penganjuran Iftar@KL itu juga telah mendapat kerjasama daripada beberapa rakan strategik iaitu; Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Seni Budaya Putra serta disokong oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Manakala rakan penganjur dalam pelaksanaan Iftar@KL pada tahun ini ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Lumpur Food Truck Entrepreneurs Association dan Masjid Jamek Kampong Bharu. Program ini juga turut mendapat tajaan daripada F&N 100 Plus, ADABI, FGV Agro Fresh Gogopasar, Hotel Zamburger, Naurah Care Malaysia, Cosmo Hotel dan Zam Holiday Sdn Bhd.
“MOTAC turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Seni Budaya Putra juga sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta semua rakan penganjur dan rakan penaja yang terlibat.
Sungguhpun pelaksanaan aktiviti fizikal telah dibenarkan, namun kita masih belum menang untuk melawan virus COVID-19. Justeru itu saya ingin menegaskan agar kita bersama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Semoga gandingan dan kerjasama sebegini akan berterusan dimasa akan datang” kata Nancy.
Foto kredit kepada UKK MOTAC
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment