9 Februari 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan memaklumkan bahawa PDRM telah mengesan penularan sebuah klip video berdurasi 4 minit 59 saat melalui aplikasi Whatsapp memaparkan beberapa kejadian individu dipukul oleh pihak yang didakwa ahli kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Harapan India Malaysia (PHIM) dengan kenyataan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak polis.
“Paparan klip video tersebut mengandungi kenyataan yang tidak benar terhadap PDRM kerana siasatan telah dijalankan ke atas kejadian-kejadian yang ditularkan dan pelaku berkaitan telah dihadapkan ke mahkamah.” jelas beliau.
Justeru, Abd Jalil mengingatkan bahawa perbuatan menularkan kandungan kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja melakukan kesalahan ini.” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment