20 Januari 2022 – Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin memaklumkan berhubung dengan perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan.
“Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.
Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja.” jelas Radzi dalam satu posting di Facebook rasmi beliau semalam.

Tambah beliau KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini. Katanya lagi, KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.
“Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada 2 kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021.” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment