19 Januari 2022 – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh memaklumkan bahawa daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM500,000 yang diberikan kepada Pejabatnya bagi tahun 2021, beliau telah memperuntukkan RM10,000 (setiap satu) kepada 6 Balai Polis (Balai Polis Sentul, Balai Polis Kepong, Balai Polis Jinjang, Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Balai Polis Sri Hartamas dan Balai Polis Travers) dan RM5,000 kepada satu Pondok Polis (Balai Polis Sri Sinar).
Katanya ia selari dengan kempen PRU-14 pada tahun 2018, di mana beliau telah berjanji untuk menjaga kebajikan anggota polis bagi menambah baik kemudahan asas di balai polis.
“Saya juga telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 (setiap satu) kepada 4 Balai Bomba (Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Balai Bomba dan Penyelamat TTDI dan Balai Bomba and Penyelamat Sri Hartamas).
Secara keseluruhannya, saya telah memperuntukkan sebanyak RM105,000 kepada petugas barisan hadapan kita di kawasan Parlimen Segambut bagi tujuan di atas kerana saya percaya ia merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kita memperkasa dan menjaga kebajikan anggota polis dan bomba kerana mereka inilah yang sanggup berkorban dan melindungi kita daripada sebarang ancaman (seperti yang disaksikan semasa banjir teruk pada 18 Disember lalu).
Walaupun peruntukan ini bukan besar jumlahnya bagi setiap balai tetapi ia dapat membantu mereka untuk membeli sebarang peralatan bagi melengkapkan balai atau memperbaiki sebarang kerosakan di balai. Mempunyai peruntukan seperti ini boleh mengelakkan kerosakan balai bertambah teruk (jika ada) atau mengelakkan mereka daripada menunggu lama untuk peruntukan pusat sampai.” Kata Hannah.
- Singapore’s Female Entrepreneurs Find Global Success on Amazon
- Wildberries Identifies the Most Popular Gifts for International Women’s Day
- Ananda Unveils MIRA VALLEY: A $1.4 Billion Luxury Residential Project in Phuket’s Hidden Valley, Nestled Within 8,000 Acres of Untouched Forest.
- IMPEX Returns: Hong Kong’s Largest Immigration & Property Expo to Take Place on March 22-23, 2025
- TOJOY CEO GE Jun Advocates Enhanced China-Europe Collaboration at Kopaonik Business Forum
Leave a comment