KUALA LUMPUR 30 Disember 2021 – Satu misi telah digerakkan untuk bantuan pasca banjir oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menjadikan Daerah Klang sebagai kawasan angkat bagi membantu mempercepatkan proses pembersihan pasca banjir. Atas tanggungjawab yang diberi, MOTAC telah menggerakkan misi pasca banjir ke kawasan Taman Sri Muda dalam Daerah Klang iaitu kawasan paling terjejas teruk semasa bencana tempoh hari.
Menurut Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat, seramai 150 kakitangan serta agensi di bawahnya terlibat sebagai sukarelawan termasuklah pasukan Voluntourism dalam kalangan penggiat industri di bawah MOTAC. Pasukan sukarelawan yang menyertai misi tersebut telah membantu kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir yang terjejas teruk akibat kesan lumpur yang terlalu tebal.
Kumpulan Misi Bantuan MOTAC telah beberapa kali ke kawasan ini untuk misi bantuan pasca banjir. Namun begitu, ini merupakan misi pertama MOTAC setelah kawasan ini dijadikan kawasan angkat. Dengan bantuan Pejabat Tanah dan Daerah Klang serta Majlis Bandaraya Shah Alam, MOTAC sedang mengumpul maklumat jumlah rumah dan keluarga yang terlibat di kawasan angkat ini serta yang masih memerlukan bantuan sukarelawan bagi kerja-kerja pembersihan bagi merancang misi pasca banjir seterusnya.
Noor Zari Hamat turut memaklumkan pihak MOTAC melalui jabatan dan agensi serta penggiat industri turut menggerakkan misi bantuan pasca banjir ke lokasi-lokasi lain yang terjejas teruk di sekitar Selangor dan Pahang. Sekurang-kurangnya 30 Misi Pasca Banjir telah dilaksanakan oleh MOTAC melibatkan lebih kurang 1000 sukarelawan.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment