22 Disember 2021 – Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan penggantungan sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif VTL antara Malaysia-Singapura (iaitu melalui laluan udara dan darat), berkuatkuasa sepanjang tempoh 23 Disember 2021 sehingga 20 Januari 2022.
Katanya melalui satu kenyataan media hari ini, keputusan tersebut dibuat berdasarkan perkembangan terkini yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura di mana terdapat kejadian satu kluster tempatan COVID-19 yang melibatkan tiga (3) kes positif. Menurut laporan tersebut hasil ujian lanjut yang dijalankan mendapati dua (2) daripadanya menunjukkan kemungkinan varian Omicron, sementara keputusan bagi lain-lain kes masih lagi belum selesai (pending). Ketiga-tiga kes ini tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar negara.
“Bagi pengembara yang telah pun memiliki tiket perjalanan bagi VTL darat dan udara serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, mereka boleh meneruskan perjalanan di bawah inisiatif VTL ini. Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua insiatif VTL ini akan dibuka semula bermula 21 Januari 2022 selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara. Bagaimanapun, kuota tiket yang dijual akan
dikurangkan daripada kuota sedia ada.
Maklumat lanjut berhubung arahan terkini bagi penggantungan sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif VTL udara dan darat antara Malaysia-Singapura boleh dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (VTL Udara) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (VTL Darat).” kata Khairy.
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menyarankan semua pengembara supaya bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi arahan serta SOP yang telah ditetapkan.
“Lakukan ujian pengesan COVID-19 kendiri secara berkala bagi mengetahui status risiko diri sendiri dan seterusnya mampu mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain.” nasihat Khairy.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment