19 Disember 2021 – Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan RM1 Juta sebagai permulaan untuk Tabung Bantuan Banjir 2021 BERSATU bagi membantu mangsa banjir.
Mengulas persoalan mengapa Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU tetap diteruskan pada hari ini seolah-olah tidak peka dengan situasi semasa, Muhyiddin menjelaskan ia adalah selaras dengan kehendak dalam Perlembagaan Parti dan Akta Pertubuhan 1966.
“Namun sebaik sahaja selesai perhimpunan ini, saya arahkan jentera parti untuk turun ke kawasan-kawasan yang terjejas untuk membantu mangsa banjir.
Saya juga bersetuju supaya BERSATU melancarkan Tabung Bantuan Banjir 2021 dengan dana permulaan sebanyak RM1 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara” katanya.
Beliau turut berdoa semoga rakyat selamat daripada musibah yang sedang melanda negara ini.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment