KUALA LUMPUR, 27 November 2021 : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah melancarkan Kad Prihatin Penjaja dan Peniaga Melayu serta Platform Maya tanpa tunai IN2NIAGA untuk penjaja dan peniaga kecil seluruh Malaysia.
Menurut Menterinya Tan Sri Noh Omar menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Zamri Salleh, ia berupaya membantu peniaga dan penjaja kecil menguruskan urus niaga tanpa tunai melalui transaksi yang lebih selamat dan efisyen. Peniaga dan penjaja yang berdaftar akan dibekalkan dengan kod QR. Aplikasi ini turut mengintegerasikan pelbagai mod pembayaran antaranya GrabPay, Boost, TnG e-wallet, Maybank QR, ShopeePay, Lazada Wallet, kad debit, kredit dan juga perbankan atas talian (FPX).
Katanya lagi, ini juga tepat pada waktunya dalam menghadapi pandemik COVID-19 bagi golongan berkenaan mengadaptasikan dan mengambil peluang untuk menggunakan teknologi digital dalam menguruskan perniagaan masing-masing.
MEDAC mensasarkan seramai 1.8 juta penjaja dan peniaga kecil akan mendaftar Kad Prihatin ini. Pengguna Kad Prihatin turut dilindungi dengan pakej perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (PERKESO). Ini kerana sebelum ini sejumlah besar dari penjaja dan peniaga kecil tidak mempunyai skim perlindungan insurans.
Untuk permulaan, program ini akan dimulakan secara rintis membabitkan penjaja dan peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum diperluaskan ke seluruh Negara.
- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment