PUTRAJAYA 9 November 2021 – Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan mengadakan lawatan rasmi yang pertama beliau ke Republik Indonesia dari 9 hingga 11 November 2021. Beliau dijadualkan untuk mengadakan perjumpaan dengan TYT Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia.
Menurut Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi satu kenyataan hari ini, lawatan rasmi tersebut akan membuka lembaran baru dalam hubungan dua hala yang sedia kukuh dan pelbagai antara Malaysia dan Republik Indonesia.
“Ia akan memberi peluang kepada kedua-dua Pemimpin negara untuk meneroka peluang kerjasama dalam usaha-usaha pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19. Kedua-dua Pemimpin juga akan membincangkan perkembangan-perkembangan penting dalam rantau ini dalam konteks kerjasama ASEAN, serta cabaran-cabaran yang mampu menjejaskan keamanan, pertumbuhan dan kemakmuran rantau ini.
Dalam rangka lawatan rasmi ini, YAB Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dengan komuniti perniagaan dan pemain industri utama Indonesia, Ketua-ketua Editor Indonesia, diaspora Malaysia di Indonesia serta menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara. YAB Perdana Menteri akan turut melawat fasiliti industri pertahanan di wilayah Bandung.” kata Kementerian.
Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan pegawai-pegawai Kerajaan dari Kementerian dan agensi yang berkaitan. Lawatan rasmi tersebut akan dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment