JAKARTA 18 Oktober 2021- Lawatan rasmi Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah ke Indonesia telah mencapai beberapa persetujuan dari pelbagai aspek.
Jelasnya, Malaysia bersedia untuk mengadakan perbincangan di peringkat dasar dan teknikal dengan Indonesia, bagi memuktamadkan kerjasama pengiktirafan bersama sijil vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi pemantauan COVID-19 negara masing-masing iaitu MySejahtera (bagi Malaysia) dan PeduliLindungi (bagi Indonesia).
“Kerjasama ini akan memudahkan perjalanan merentas sempadan serta memastikan kawalan kesihatan awam antara kedua-dua negara,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Ujarnya, Malaysia juga menyambut baik cadangan bagi kedua-dua negara melaksanakan travel bubble seperti inisiatif Reciprocal Green Lane (RGL), Travel Corridor Arrangements (TCA) dan Vaccinated Travel Lane (VTL).
“Kerjasama ini akan menyumbang kepada pembukaan semula sempadan secara beransur-ansur, serta akan merangsang aktiviti ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.
“Buat masa ini, pelaksanaan travel bubble boleh memberi keutamaan kepada perjalanan merentas sempadan bagi tujuan rasmi dan perniagaan, dan secara beransur-ansur dibuka bagi tujuan lain seperti pendidikan, pelancongan dan sosial.
“Antaranya, kedua-dua negara boleh meneroka untuk menghubungkan destinasi-destinasi kawasan hijau di negara masing-masing yang akan berfungsi sebagai pintu masuk,” jelasnya.
Malaysia terus komited dalam memperkukuhkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, termasuk menggiatkan usaha-usaha untuk merangsang semula aktiviti perdagangan dan pelaburan yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19.
Negara ini menyambut baik persetujuan yang telah dicapai oleh kedua-dua negara untuk memperbaharui dan memperkukuhkan kerjasama sedia ada dalam bidang pendidikan melalui MoU between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Indonesia on Cooperation in the Field of Education.
“Malaysia berharap agar MoU ini dapat ditandatangani semasa Lawatan Rasmi Perdana Menteri Malaysia ke Indonesia kelak,” jelasnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment