16 Oktober 2021- Program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku merupakan sesi webinar interaktif yang mengetengahkan pelbagai tajuk menarik bagi membantu pembinaan sahsiah diri pelajar sekolah menengah seluruh negara khususnya sekolah yang mempunyai Kelab Malaysiaku.
Menerusi satu kenyataan Jabatan Penerangan Malaysia, (JaPen) melalui Kelab Malaysiaku telah menganjurkan program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku Siri 2/2021 pada 16 Oktober 2021.
“Ini merupakan inisiatif JaPen dalam menggerakkan semula aktiviti Kelab Malaysiaku dan mendekati golongan pelajar susulan arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 21 Oktober 2020 mengenai penangguhan program / aktiviti sukan, kokurikulum, seminar, bengkel serta aktiviti lain selain pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.
“Pemilihan tema ‘Pembangunan Kerjaya’ bagi program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku Siri 2 bertujuan untuk memberi gambaran atau pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan pemilihan karier pada masa hadapan.
“Selain itu, pengisian tajuk seperti ini juga diharapkan mampu membantu para pelajar dalam mengenal potensi diri masingmasing untuk diaplikasi di masa akan datang,” katanya.
Mengulas lanjut, Program ini merupakan projek rintis kepada pelaksanaan aktiviti Kelab Malaysiaku secara dalam talian dengan menggunakan platform Livestorm yang tidak memerlukan peserta untuk memuat turun sebarang aplikasi.
“Program ini juga selari dengan usaha JaPen ke arah komunikasi digital dalam menyampaikan maklumat secara terus kepada orang ramai.
“Seramai 1,623 orang pelajar sekolah menengah daripada 706 buah sekolah seluruh negara telah menyertai sesi webinar interaktif pada kali ini,” katanya.
Turut hadir bersama semasa program ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital)JaPen, Hashim Bedu dan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik), JaPen Zainudin Ismail.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment