116 Oktober 2021 – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima empat laporan polis berhubung pendedahan Kertas Pandora mengenai dakwaan wang Malaysia ke luar negara secara haram
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komisioner Polis Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata daripada empat laporan yang diterima, dua telah diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut kerana berkaitan dengan aktiviti penyerahan memorandum menggesa aktiviti.
“PDRM telahpun membuka kertas siasatan dan menjalankan rakaman percakapan pengadu.
“Satu kertas siasatan yang dibuka telah pun dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Oktober 2021 manakal satu lagi kertas siasatan akan dirujuk kepada BNM pada 18 Oktober untuk siasatan lanjut,” katanya.
Untuk rekod media melaporkan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasat pendedahan yang terkandung dalam Pandora Papers.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika siasatan mendapati terdapat kes terhadap mana-mana pihak maka tindakan boleh diambil.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment