12 Oktober 2021- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan ‘Ops Merah’ terhadap kesalahan trafik melibatkan penunggang motorsikal yang menjalankan perkhidmatan P-Hailing bermula 8 Oktober hingga 7 November 2021.
Menerusi satu kenyataan media JPJ Selangor, antara kesalahan trafik itu melibatkan kesalahan gagal mematuhi isyarat lampu merah, gagal mematuhi isyarat lalulintas jalan sehala dan berkaitan pemakaian topi keledar serta kesalahan-kesalahan lain.
Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ negeri Selangor akan terus melaksanakan program advokasi kepada penunggang perkhidmatan P-Hailing.
Ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan pemanduan berhemah serta kepentingan menjaga kenderaan yang betul.
- HUMAN Client-side Defense Integrates with Amazon Web Services Marketplace & Web Application Firewall to Simplify Compliance with New PCI DSS 4 Requirements
- HKSTP Launches GreenTech Hub Solidifying Hong Kong as an International Leading Green Technology and Finance Hub
- Sunlight Real Estate Investment Trust (“Sunlight REIT”) Final Results for the 18 Months Ended 31 December 2024
- StarWorld Hotel and Galaxy Macau™ Triumph on the 2025 ‘100 TOP TABLES’ by the South China Morning Post with Six Restaurants on The List
- HEIDELBERG Celebrates 175 Years of Excellence
Leave a comment