12 Oktober 2021 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus komited dalam agenda melahirkan Bangsa Usahawan, selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia selari, dengan usaha mempertingkat keseimbangan ekonomi di wilayah kurang membangun, penekanan kepada aspek keusahawanan akan dipertingkatkan sebagai antara potensi peluang penjanaan pendapatan yang lebih menyeluruh.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata semua sektor perniagaan terutama sektor informal akan menerima ganjaran pendapatan setelah melalui fasa First Close, Last to Open (FCLO)
“Saya telah menggariskan dasar dengan menumpukan kepada penyelarasan dan penjajaran pelaksanaan program-program di MEDAC serta 11 agensi di bawahnya bagi memastikan segala inisiatif dan pakej-pakej yang diperkenalkan oleh Kerajaan sampai kepada golongan usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terkesan.
“Penyelarasan ini meliputi kumpulan sasar, nilai pembiayaan/kadar bantuan/ geran, skop program dan mekanisma pelaksanaan. Kumpulan fokus tersebut adalah golongan usahawan dan koperasi yang terkesan akibat COVID 19, golongan yang diberhentikan kerja dan berminat untuk menjadi usahawan dan graduan yang tiada pekerjaan dan ingin menjadi usahawan, golongan Asnaf; serta usahawan yang menggunakan modal sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelasnya, optimis pengumuman kebenaran untuk merentas negeri mampu memberi keseimbangan dalam membantu mempergiatkan kembali aktiviti ekonomi secara fiskal di mana dalam masa yang sama dapat melandaikan lengkuk jangkitan COVID19. Diharapkan agar usahawan dapat meneruskan kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam tempoh ini.
“Pengumuman ini merupakan langkah yang terbaik dan peluang kepada rakyat terutamnya PMKS bagi memulihkan perniagaan mereka dan yang penting meneruskan kelangsungan
hidup mereka.
“Ini kerana, terdapat sebanyak 37, 415 usahawan yang telah gulung tikar sepanjang tempoh pandemik ini. Daripada jumlah tersebut 26,007 adalah mikro dan bakinya 2,738 adalah PKS,” ujarnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment