PUTRAJAYA 30 September 2021 – Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebulat suara bersetuju untuk melantik Ahli Parlimen Segamat, YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar sebagai Ketua Sayap Bersekutu BERSATU yang pertama.
Menurut Setiausaha Agung BERSATU Dato Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU percaya bahawa pelantikan Dr. Santhara Kumar mampu menarik lebih banyak penyertaan ahli-ahli bersekutu dan seterusnya meningkatkan sokongan rakyat daripada semua lapisan masyarakat kepada BERSATU.
Terdahulu Hamzah berkata bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada YB Presiden atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang bertaraf Menteri.
“BERSATU merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan tersebut.
BERSATU yakin bahawa pelantikan YB Presiden dapat membantu Kerajaan merancang dan melaksanakan segala dasar serta inisiatif untuk memulihkan negara daripada pandemik COVID-19.” kata Hamzah.
Tambah beliau, Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan atas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada 27 September lalu.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment