29 September 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjelaskan kebenaran rentas negeri untuk aktiviti pelancongan hanya dibenarkan melalui Gelembung Pelancongan Langkawi sahaja dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Menerusi satu kenyataan hari ini, pelancong domestik adalah dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan Intra-State (dalam negeri yang sama) bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa 2 dan ke atas berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Kebenaran untuk melakukan aktiviti pelancongan adalah tertakluk kepada SOP yang telah diwartakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Berdasarkan rekod melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19 (JKJAV), sehingga 28 September 2021, sebanyak 85.1% populasi dewasa telah lengkap divaksinasi,” katanya.
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerajaan akan membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa (nationwide) berdasarkan data dananalisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kerajaan akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja mendapat suatu tarikh yang bersesuaian,” jelasnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment