29 September 2021- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperkukuhkan asas-asas ekonomi negara dengan memberi tumpuan dalam usaha menggalakkan perdagangan dan pelaburan terbuka, telus serta mesra perniagaan.
Menterinya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan akan meratifikasi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang akan memberi akses pasaran yang lebih luas kepada industri tempatan.
“Perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) turut diberikan perhatian utama bagi mengadaptasi perniagaan mereka kepada automasi, teknologi dan digitalisasi demi kelangsungan perniagaan.
“Pemerkasaan PMKS melalui pendigitalan akan menyuntik dinamisme dalam seluruh rantaian ekonomi khususnya ke kawasan luar bandar selari dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif,” katanya.
Ujarnya, penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadikan Malaysia negara neutral karbon seawal tahun 2050 adalah sejajar dengan teras Dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) bagi mempercepatkan pertumbuhan hijau dengan memberi lebih penekanan terhadap ESG.
“Dalam melaksanakan usaha ini, MITI memberi keutamaan kepada usaha memperkukuhkan ekosistem bagi pembangunan kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) termasuk Electric Vehicle (EV).
“Ini meliputi pembuatan komponen kritikal, penetapan piawaian dan menggalakkan aktiviti keupayaan dan kemampuan penyelidikan untuk membangunkan teknologi tempatan,” jelasnya
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment