25 September 2021- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membentuk satu taskforce untuk megumpul input dari pemain taruh industri kreatif mengenai keperluan mereka sebelum kita membuat satu sistem di dalam usaha mengangkat penggiat seni menjadi pemain profesional di dalam industri ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia adalah kerana peranan artis dalam proses “nation building sangat besar dan mereka boleh mencorakkan rupa paras sesuatu bangsa apabila makin lama makin teratur dan tersusun.
“KKMM bersedia bekerjasama dengan para penggiat seni untuk memastikan adanya satu sistem yang teratur supaya industri kreatif negara boleh berkembang dan menjadi satu industri yang professional, sama seperti pemain industri profesional lain.
“Tidak ada industri yang akan berkembang tanpa sitem, peraturan dan pendidikan yang teratur. Kita perlu menyusun semula industri penggiat seni supaya ada sistem, katanya dalam satu dialog bersama beberapa penggiat seni tanah air di Bernamadotcom Twitter Spaces 24 September 2021.
Ujarnya, KKMM mengiktiraf peranan industri kreatif bukan setakat kerana kasihan kepada penggiat seni tetapi di dalam konteks memakmurkan negara, memacu ekonomi dan menarik modal asing kerana industri kreatif menyumbang hampir RM30 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
““Bila industri kreatif sudah lama tergendala akibat dari pandemik Covid-19, apabila kita membuka semula, pemain taruh sepatutnya tidak meneruskan apa yang telah dibuat dahlulu.
“Bukan seatakat buka semula tetapi kita harus melihat apa lonjakan yang baru yang boleh kita buat setelah dibuka. Kita kena ambil iktibar dari usaha lalu dan perbaiki lagi industri ini.
“Meskipun pelakon atau penyanyi tidak bekerja sepenuh masa, perlu ada kaedah untuk perlindungan Perkeso dan sebagainya.
“Kaedahnya kita sedang perincikan supaya penggiat seni terbela,” jelasnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment