10 September 2021 – Kerajaan hari ini memaklumkan Sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan pada 16 September ini mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM), Dato’ Sri Mohammad Mentek berkata, bagi tujuan tersebut beliau berkata pematuhan SOP ini dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19 terutama di Sabah selaku tuan rumah bagi sambutan tersebut.
Beliau berkata, kerjasama strategik Jabatan Penerangan Malaysia dengan pelbagai agensi dan kawasan parlimen serta DUN turut diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia di seluruh negara.
Mengenai konsep Malaysia Prihatin, beliau berkata tema sambutan tersebut dipilih untuk mengambarkan situasi negara dalam menghadapi pandemik Covid-19.
“Semangat kesatuan dan kebersamaan itu dapat direalisasikan dalam Keluarga Malaysia seterusnya diterjemahkan dalam sambutan Hari Malaysia”, ujar beliau ketika ditemubual oleh RTM hari ini.
Selain itu, pelbagai program dan acara dilaksanakan oleh KKMM selain dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Mengenai persiapan, Mohamad menjelaskan pihaknya sudah melaksanakan hampir 80% persiapan menjelang 16 September termasuk persiapan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Beliau turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut Hari Malaysia selain mengibarkan Jalur Gemilang untuk menzahirkan kecintaan kepada negara.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment