3 September 2021 – Polis hari ini berjaya menumpaskan Geng Latino yang menjadi dalang dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Cheras.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata pihak polis berjaya mengesan suspek di Jalan Berhala, Brickfields.
“Polis bertindak dengan menghalang laluan suspek untuk menangkap suspek tersebut. Suspek bertindak dengan melanggar pegawai serta anggota yang terlibat”, ujar Jalil.
Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk melindungi anggota yang terlibat. Tembakan telah terkena di badan dan kereta suspek berjaya dihentikan. Suspek dilapor berada dalam keadaan stabil.
“Tangkapan telah dilakukan terhadap 2 lelaki dan 2 wanita warga asing yang berada dalam kereta tersebut dan polis berjaya menemui semula wang sebanyak RM 194,000.00. Kewarganegaraan suspek masih disiasat.
Modus operandi kumpulan adalah dengan mengekori mangsa yang mengeluarkan duit yang banyak di bank dan memancitkan kenderaan mangsa. Mangsa yang memberhentikan kenderaan akan diperdaya dengan suspek menabur beberapa keping duit kertas RM10.
Ketika mangsa mengutip wang, suspek akan membuka pintu kereta mangsa dan melarikan beg mangsa yang berisi duit.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan laporan polis oleh mangsa akan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
“Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan membawa rakan semasa mengeluarkan duit yang banyak dari mana-mana bank dan menasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan modus operandi sedemikian”, ujar Jalil lagi.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment