3 September 2021 – Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PMTY).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Abd. Jalil Hassan berkata siasatan menjurus kepada penularan beberapa rakaman video mengandungi kenyataan yang menyentuh aqidah serta ajaran islam melalui akaun Youtube Cahaya Islam dan S’ttah An Nur PMYT serta di pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu.
“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita tersebut mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah SWT, Malaikat dan Nabi Muhammad SAW.
“Beliau turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah SWT.
Jalil berkata suspek telah dikenal pasti dan diambil keterangan. Polis dalam usaha untuk mengesan serta mengenal pasti individu-individu lain yang terlibat dalam kes ini bagi melengkapkan siasatan.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (Kesalahan Yang Menyebabkan Suasana Tidak Harmoni, Perpecahan Atau Permusuhan, Benci Membenci Atau Niat Jahat Atau Memudaratkan Pemuliharaan Keadaan Harmoni Atau Perpaduan, Atas Alasan Agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Penyalahgunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian Atau Perkhidmatan Rangkaian, Dan Lain-Lain).
“PDRM menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum selain turut menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.
“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment