28 Ogos 2021 – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi di sebuah hospital kerana komplikasi Covid-19.
Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi.
Menerusi hantaran di media sosial, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah dan rasa sedih kepada keluarga Allahyarham.
Baginda berdua menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat negara serta merupakan tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam negara yang disegani.
Sementara itu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Menurut Ismail lagi, selaku mantan KSN, Allahyarham cukup sinonim dengan pelbagai usaha mempertingkatkan imej dan kecekapan tadbir urus perkhidmatan awam bahkan komited menyumbang idea dan kepakaran termasuk dalam sektor Pendidikan walaupun setelah bersara.
Ahmad Sarji adalah negarawan yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Negara ke-9.
Allahyarham berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara dari 1 Februari 1990 hingga 16 September 1996 ketika era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ahmad Sarji dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras pada 7 Ogos lalu akibat komplikasi Covid-19.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment