22 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia termasuk Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk “Keluarga Malaysia” bagi memulihkan semula negara.
Dalam perutusan pertama sejak dilantik memegang tampuk kepimpinan kerajaan persekutuan pada 21 Ogos yang lepas, Ismail Sabri memulakan langkah pertama beliau dengan mewujudkan pendekatan merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum.
Beliau juga berkata, seharusnya rakyat Malaysia bertindak sebagai sebuah keluarga dalam memastikan negara ini kembali bangkit dalam mendepani Covid-19.
Selain itu, Ismail juga berkata beliau turut memahami kepayahan, kesengsaraan, dan keperitan hidup yang mencengkam rakyat pada ketika ini.
“Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang putus bekalan makanan, dan bukan sedikit yang telah dibuang kerja.
“Saya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah.
“Oleh sebab itu, saya sangat menghayati kepayahan dan keperitan hidup rakyat pada masa negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak ini.
Ismail Sabri berkata keutamaan kerajaan pada masa kini adalah memulihkan kembali ekonomi serta meningkatkan kadar imuniti kelompok bagi mendepani pelbagai varian Covid-19 yang sedang melanda negara.
- Government Committed to Strengthening Aviation Industry, Malaysia Airlines Orders 30 Boeing 737 Aircraft
- Building government digital resilience, securing the future
- The paradox of convenience
- 8.5 million to receive Rahmah Cash Assistance (STR) Phase 2 Before Aidilfitri
- Aaron Extends Greetings on International Day for the Elimination of Racial Discrimination
Leave a comment