21 Ogos 2021- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong di atas pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pihak berpendirian pergolakan politik yang berlaku yang bermula daripada siri pengkhianatan ke atas mandat rakyat pada tahun lalu telah memangsakan rakyat serta meletakkan bebanan ke atas bahu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyelesaikannya sebaik mungkin.
Pihaknya juga turut menjunjung Titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada bulan Disember lalu yang merujuk kepada krisis sama di negeri Perak sebagai cerminan kegagalan kepimpinan politik.
“ABIM menegaskan tiba masanya untuk seluruh pihak khususnya pemimpin politik untuk memperbaiki semula sistem politik negara dengan mengangkat agenda perubahan sistem politik bagi menghentikan sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa serta pengkhianatan amalan demokrasi”, ujar Faisal lagi.
“Mereka yang telah diamanahkan untuk menjadi pemimpin harus fokus untuk membantu rakyat menangani wabak COVID-19 secara terbuka dan bertanggungjawab serta melibatkan peranan semua pihak secara inklusif”, kata beliau dalam kenyataan media semalam.
Faisal juga menasihati Perdana Menteri dan pemimpin terlibat mengenai titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong iaitu “yang menang tidak menang semuanya, yang kalah tidak kalah semuanya.”
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment