SELANGOR 21 Ogos 2021 – Pemberian Initiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) kepada barisan hadapan pemandu P-hailing diteruskan hari ini , dengan penyerahan bantuan initiatiff tersebut kepada 50 penerima di peringkat DUN Sungai Tua Gombak.
Majlis penyerahan ‘mock check’ tersebut di sempurnakan oleh Menteri Besar Selangor , YAB Dato Seri Amirudin Shari pagi tadi bertempat di Dewan Rakyat Batu Caves .
Pada majlis tersebut juga Amirudin turut menyerahkan mock check bernilai RM 2 juta ringgit kepada Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Yang Berusaha En. Muhammad Nizam Marjugi yang mewakil MSNS selaku badan yang akan mengelolakan pemberian bantuan initiatif tersebut.
Program RIDE yang diperkenalkan pada tahun 2019 pada awalnya diwujudkan bagi membantu perolehan lesen kepada belia untuk membolehkan mereka memasuki GIG ekonomi dengan menyeetai syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan P-Hailing.
Dibawah initiatif tersebut, penerima initiatif yang berumur 40 tahun dan kebawah akan menerima subsidi lesen B2 bernilai RM350 ringgit serta tambahan subsidi sebanyak RM150 ringgit, Disamping RM 70 ringgit sebagai caruman perkeso untuk setahun.
Jelas Amirudin lanjut, proses penambah baikan initiatif tersebut akan dibincangkan kelak secara dua hala, setelah meneliti data-data berkaitan yang diperolehi dari pengendali-pengendali perkhidmatan P-Hailing berkenaan.
Untuk tahun 2021, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah memperuntukkan dana bernilai RM 2 juta ringgit untuk memperkasakan golongan belia dibawah initiatif ini dengan mensasarkan seramai 3000 orang penerima.
Juruvideo / Penerbit : Azuddin
Jurufoto : Yusri
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment