PETALING JAYA, 21 Ogos — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda melantiknya sebagai perdana menteri kesembilan.
Ismail Sabri turut merakamkan penghargaan kepada semua pemimpin parti politik termasuk Ahli Parlimen bebas yang menyokongnya untuk memimpin negara.
“Saya syukur kepada Allah dan izin-Nya, saya dilantik sebagai perdana menteri…
“Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan Ahli Parlimen termasuk bebas dan ketua-ketua parti politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pekarangan kediamannya di sini, hari ini.
Naib Presiden UMNO itu juga merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan majlis tertinggi parti itu atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Sementara itu, beliau juga memaklumkan akan membuat kenyataan rasmi kepada rakyat Malaysia esok susulan pelantikannya sebagai pemimpin nombor satu negara. – BERNAMA
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment