18 Ogos – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines, Seri Kembangan, Selangor.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Pengurus PPV MIECC, Dr. Mohd Naufal Ridzuan.
Wartawan : Sharil Juruvideo/Penerbit : Azuddin
Beliau turut meluangkan masa hampir 45 minit bagi meninjau perjalanan operasi di pusat pemberian vaksin berkenaan sambil diiringi oleh Dr. Hamisah Tapsir manakala taklimat perjalanan operasi disampaikan oleh Dr. Mohd Naufal Ridzuan.
Lawatan ini merupakan lawatan pertama Zuki ke PPV setelah perletakkan jawatan Perdana Menteri pada Isnin yang lalu sekaligus mencerminkan kesungguhan beliau selaku ketua perkhidmatan awam negara bagi memastikan jentera kerajaan bergerak seperti biasa.
Zuki turut menyampaikan “Tekad Perkhidmatan Awam” selaras dengan perkembangan semasa bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat diteruskan selain memastikan dasar dan program sedia ada berjalan lancar.
Pada masa kini, Perdana Menteri “Caretaker” Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerajui pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri baru dilantik.
Sehingga semalam secara keseluruhan sebanyak 525,111 jumlah dos vaksin telah diberikan dengan jumlah keseluruhan 28.83 juta lengkap dos vaksin.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment